Islam Hidupku

Percayalah, hidup bersama-sama islam yang bertauhidkan Allah amat indah. Disisinya diletakkan peraturan yang cukup cantik menghiasi dinding-dinding hati yang sepi.

Koleksi Artikel

Menulis bukan sekadar untuk kita menghiburkan tapi menggerakkan seseorang. Bermaksud bukan sekadar menjadi halwa perasaan tetapi lebih berbentuk halwa hati. Al-hasil seseorang akan berjaya menjadikan “kehidupan” sebagai kampus kehidupan.

Review Buku

Dalam penulisan ini juga beberapa analisis buku menjadi rujukan samada ia bernama kitab atau sekadar Kuttab. Kisah-kisah yang dipaparkan terhasil daripada pengalaman hidup.

If you are going [...]

Kualiti Hidup

Apa yang saya ada sekarang adalah hasil daripada “kekecewaan” dalam kehidupan. Berjuang dalam menghadapi kekecewaan itulah yang perlu. Hadapilah kekecewaan dengan senyuman.

Koleksi Video dan Gambar

Pelbagai manusia hadir dalam hidup kita sebenarnya ibarat guru yang mengajar kita erti marah, rajuk, dan sayang. Belajarlah dalam memenuhi hak orang lain berbanding keegoan.

27 February 2012

Pilihlah Aku Untuk Tabah


Kehidupan merupakan untaian cabaran yang mesti ditempuhi oleh ramai daripada kita. Dan tidak ramai yang mampu menghadapi kesedihan diri disebabkan ujian. Sering diadukan kepada yang bukan ahli menyebabkan masalah sering timbul tenggalam. Itulah antara sebab Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan agar ummatnya membuat sesuatu itu dengan sederhana. Ini kerana apabila kita diuji dengannya kita tidak terlalu menderita.

Menyedari sesuatu hakikat itu adalah sesuatu yang perlu. Perkara yang diciptakan tidak kekal sebaliknya yang kekal ialah hanyalah yang Maha Pencipta. Oleh itu, perkaitan (mafhum mukhalafah) dengan ayat yang pertama ialah lakukanlah sehabis daya untuk memenuhi kehendak pencipta yang tahu keterbatasan manusia dan besederhana dalam memenuhi kehendak manusia yang kadang-kadang tidak terbatas.

Dikesempatan dan keterbatasan waktu, ramai sahabat-sabahat yang bertanya tentang beberapa soalan. Berat hati juga ingin menjawabnya. Kerana saya bukan mujtahid untuk mengeluarkan hukum. Cuma saya orang hikmah yang hanya boleh memberikan nasihat. Walaupun, ada waktu dan ketika saya gagal menasihatkan diri sendiri. Allah, lemahnya diri ini. Terimalah soalan dan jawapan ini buat dirimu, pembaca isi hatiku.

By irvineislam with No comments

25 January 2012

Katakan Kita Bukan di dalam Drama Melayu

Menjelang musim cuti sekolah ini, perasaan berbaur. Mungkin diri sering merasa kosong dengan ilmu. Semakin banyak dicari semakin terasa hausnya. Itulah kelebihan ilmu sentiasa terasa manis walaupun sentiasa dicari dan membawa keselamatan. Namun, ilmu tanpa amal ibarat pohon tiada buah. Namun buah juga banyak jenis, ada yang elok dan ada yang tidak. Inilah analogi ilmu, jika salah sumbernya maka salah keluarannya. Begitulah kupasan persoalan yang akan saya coretkan.

By irvineislam with No comments

16 January 2012

Atas Neraca Apa Nilaian Kita


“Ustaz, saya nk bertanyakan sesuatu”. Pernyataan tersebut menerjah tatkala ustaz ayub usai solat zohor.
“InsyaAllah saya sudi mendengarnya”. Jawapan balas Ustaz Ayub menguntum senyuman meringankan beban yang ditanggung irwan.

“Kenapa kelihatan resah saja irwan, jangan irwan mengadu soal cinta sudah lah” soalan spontan keluar menambah berat lagi beban irwan.

“Ehm, ustaz macam boleh baca je minda saya”

“Begini, saya ada masalah berkenaan pemilihan jodoh, saya harap ustaz boleh tolong saya” irwan terasa separuh bebannya telah dipikul oleh ustaznya itu.

By irvineislam with No comments

29 December 2011

Teriak Hati Andainya Dia Pergi


Adat dalam waktu himpunan memiliki dunia. Yang hidup diselangi yang mati, yang muda diselangi yang tua. Yang sihat diselangi sakit. Ini kerana urusan dunia tulus, tetapi  yang tulus tak selalunya mulus. Ahh! Kenapa bila asyik berbelit kata sebelum langkah bertindak. Apakah kita sendiri tidak jujur pada diri sehinggakan semua perkara jadi tidak kena? Apakah terkadang kita cuba melawan takdir yang Maha Kuasa sedang kita lupa kerdilnya kita?. Terhenyak perasaan dek lamunan rasa yang terkadang jauh tersasar.

Itulah kita yang beridentitikan manusia. Lupa dimana tempat asal hingga mengaburi jalan sebenar tujuan. Hingga terlalu sibuk dengan pesona dunia. Cinta biasanya disusuli air mata, petanda cinta bisa membinasakan atau membahagiakan. Andai dia pergi, apakah kita rasa tersentap lalu direbah? Apakah emosi pada tahap abnormal lalu memadamkan cahaya yang biasanya bersuluh terang?. Ahh! Terlalu banyak persoalan yang bermain difikiran. Bisikan kata terkadang hanya lekaan tidak pula jalan kebenaran.

Teriak hati besar membatasi ketulusan mulus jiwa. Namun selembar kata biasa tidak mungkin memujuk hati dalam keadaan luar biasa. Jiwa dinodai bagai tersiat dek hakisan amuk. Itulah teriak hati besar, kesudahan bungkum tiada bertepi. Namun, lain pula teriak hati kecil. Sentiasa memandang dosa itu dengan hikmah. Tatkala hati besar terasa amuk, lekas di bisikkan cerita nasihat. Nasihatnya sungguh tajam bagai jarum namun disebalik itu terus mengalirkan cecair ketenangan. Alangkah hebatnya hati kecil, kecil tetapi berhati besar. Hati hati besar, selalu mempunyai hati kecil. Maaf, sekali lagi bermain kata. Terimalah bisikan hati kecil Se “Andainya Dia Pergi”.

By irvineislam with No comments

18 November 2011

Pesanan Seorang Tokoh Agama

  
Dikala mendengar bacaan sayu daripada Syeikh Muhammad Musa, terasa diri ini ingin berkongsi tentang ucapan seorang tokoh agama yang terkenal di Malaysia. Sentuhannya cukup memukau dengan kilauan mutiara umpama keluar daripada mulutnya. Sungguh ia sukar dicari ganti dengan kebanyakkan tokoh agama. Allah telah kumpulkan hati-hati yang hidup untuk bersama dengan agamaNya, sebagaimana sentuhan pada jiwa yang mempunyai nyawa. Terimalah pesanan beliau ini sebagai hiasan dinding hatimu.

Assalamualaikum,
Marilah sama kita mengucapkan syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan rahmat dan kurnianya, maka Allah s.w.t memanjangkan usia dan umur kita. Lalu kita sempat bertemu dihari yang mulia ini, mudah-mudahan kita dalam suasana bertakwa kepada Allah. Dalam suasana masing-masing menjaga hak-hak Allah dan mampu bangun sebagai seorang individu muslim yang amat bertakwa kepada Allah. 

By irvineislam with No comments

09 November 2011

Tutur Luhur Buat Sahabat

 

Tika dulu kita kesepian mencari siapa teman yang sesuai. Munculnya seseorang sepertimu, seseorang yang tidak merungut bila kesusahan, tidak terkapai bila tenggelam dek fitnah keduniaan. Hadirmu tatkala ini menghias taman-taman hati. Penghibur dikala sunyi tak berlagu. Biarkan pertemuan kita kerana Allah dan perpisahan kita juga kerana Allah. Agar kita sama diakhirat kelak berada dibawah Arash Allah dimana tiada perlindungan melainkannya. [1]

Tinta kali ini terhias beberapa perkara yang diamati sepanjang hidup dalam persahabatan. Kata ilmuan, berusahalah untuk mencari sahabat atau kawan yang baik. Kerana ia diumpamakan seperti berkawan dengan penjual minyak wangi, kita juga akan turut tercalit dengan wanginannya yang mengharum. Dalam kehidupan, khususnya di era moden, tiga perkara yang mesti diperhatikan iaitu kawan, ilmu dan pekerjaan. Ketiga-tiga aspek ini akan menentukan siapa anda dikemudian harinya.

Kerana ketiga-tiga aspek ini sangat bersangkutan. Kawan anda akan menentukan capaian ilmu anda, dan ilmu anda akan menentukan status pekerjaan. Maka ketiga-tiga ini berbentuk rantaian yang tidak boleh dipisahkan. Tanpa kawan yang baik, masakan kawan itu membantu anda dalam meneliti ilmu-ilmu yang berguna. Tanpa ilmu yang berguna mana mungkin pekerjaan anda menjamin prospek masa depan yang cemerlang. Ya, cemerlang dunia dan akhirat.

By irvineislam with No comments

13 October 2011

Kisah Ketam Yang Berjalan Senget



Tulisan kali ini mengajak untuk saya dan anda menelusuri soal jalan. Jalan yang dibentangkan seluas-luasnya. Direnung setiap perkara yang terlintas disekitar kelihatan sirna turus pada pandangan mata. Terkadang dalam kita memandang soal yang berada disekitar laluan penghidupan, kita lupa untuk memerhati pada yang ada pada kita dan juga jalan penghujung. Seringkali terpesona dengan luas dan menariknya pandangan sisi. Begitulah manusia, tercalit padanya ruang sisi gelap yang menghambur pada setiap bisikan nafas.

Seringkali kita menyatakan salah itu dan ini. tapi kurang menerobos didalam sisi gelap dan membicarakan soal tinkah laku kita sendiri. Kita menegur itu dan ini, tetapi kita tidak memahami atas dasar apa kita menegur. Kita asyik mencari salah orang lain, sehingga lupa salah diri sendiri. Bagai ketam yang ingin mengajar anak sendiri berjalan dengan betul tetapi lupa diri sendiri berjalan senget. Bila si anak ketam menegur si ibu, “tengok, ibu pun berjalan senget”. Lantas si ibu berkata “diam! Aku ibu dan kau harus patuh apa saja arahan”. Tinta malam yang penuh keseriusan, saya persembahkan buat warga yang terdekat, “Kisah Ketam Yang Berjalan Senget”.

By irvineislam with No comments

03 October 2011

Menjengah Daerah Rasa


Entah apa yang mengganggu jiwa, entah apa yang menghambat rasa. Terasa diri bagai tiada rencah istimewa. Bagai kehilangan untaian semangat, namun kehidupan harus dilalui dengan tabah. Bukankah Allah telah berfirman adakah manusia mendakwa bahawa mereka telah beriman sedangkan mereka belum lagi diuji. Sedaya upaya bergantung haraplah pada Allah kerana DIAlah yang akan memberikan kelapangan terhadap jiwa2 yang ketandusan.

Alhamdullillah selesai sudah Minggu Kefahaman dan Penghayatan Islam (MKPI 2011). Sepanjang mengendalikan program tersebut 3 tahun berturut-turut jelas ahli-ahli KRM telah menunjukkan prestasi yang baik dalam kelangsungan perjalanan program. Seuntai tahniah buat seluruh Ahli Jawatankuasa MKPI kerana penah lelah. Setiap titisan peluh yang jatuh dan setiap keluhan yang terucap ingatlah ia merupakan zikrullah berbentuk dakwah buat kita semua.

Jika dirasakan jumlah yang ramai datang ke setiap program mengubat hati, tempislah ia ketepi
Jika dirasakan kehadiran yang ramai itu bererti berjayanya program, imbaslah kembali
Kerana bukan itu sebenarnya yang kita harapkan
Kerana bukan itu yang kita dambakan
Yang lebih penting ialah kesan daripadanya
Yang lebih penting perubahan daripadanya
Terimalah tinta keheningan pagi dariku “Menjengah soal rasa”

By irvineislam with No comments

16 August 2011

Bukan Hanya Kerana Dia


Menjengah bulan Julai hingga september yang terkehadapan, memang sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti yang memungkin saya menghadapi kelelahan yang panjang. Lelahan memang sesuatu yang pasti, membelah ranjau merintang samudera. Semuanya memberikan ibrah sepanjang perjalanan yang pastinya membawa ke daerah yang pasti berakhir.  Dalam kesibukan khususnya masa dan tempat, sudah lama tidak menulis entri baru. Entahlah apa yang menghalang; daerah masa atau pemikiran. Mungkin juga bukan persoalan tiada masa, tetapi tidak bijak mencari masa.

Kali ini daripada ilmiah kadang-kadang rasa ingin beralih ke daerah paling jauh. Menerobos sudut tinjau paling dalam diri. Terasa ingin bercerita tentang sesuatu yang dulunya pernah menjadi hiburan pada hati. Dalam ranjau dibalik dewasa aku menunggu dengan penuh rasa sayang, rindu dan tidak kurang juga keduanya telah berbaur sebati. Terimalah kisah suka duka “Bukan Hanya Kerana Dia”.

By irvineislam with No comments
  • Terbaru
  • Kategori
  • Capaian